Monday, January 26, 2009

Perkenalan Tautan Kesetiaan

Salam Perpaduan dan Salam Permai Bumi Tuhan....

Syukur kerana buat pertama kalinya BAKSAR telah melangkah ke paradigma baru dengan satu agenda untuk Cikgu Sarawakian khasnya.

Ruangan ini disediakan untuk anda melontarkan idea dan cadangan bernas anda ke arah pemantapan organisasi. Seperti mana yang diketahui, BAKSAR bukan milik individu tetapi dimiliki bersama. Namun kita sebagai individu yang saling bekerjasama dan mempunyai semangat kekitaan harus bersatu agar tidak ada sekelumit pun di antara tertinggal dalam komuniti ini.

Selayaknya anda merupakan permata yang berharga dan mempunyai nilai mampu untuk menyerlah sekaligus mewarnai komuniti kita. Salah satu keunikan kita adalah budaya sehinggakan diwarisi oleh setiap Cikgu Sarawakian dan berbudayalah kita melalui organisasi. Ke arah budaya cemerlang, lahirnya Cikgu yang berintegriti.

Bersama anda untuk lain kalinya...dengan isu semasa bumi kita.

Bersatu ke arah perpaduan, melerai polarisasi bangsa....imej kita warisan bangsa!

Salam warisan..

gomezio'09

Isu Dalam Negeri

George Chan tidak bertanding kerusi DUN di Sarawak

26/01/2009 1:48pm

KUCHING 26 Jan. - Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan mengesahkan beliau tidak berhasrat untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau yang dipegangnya sejak 1983 pada pilihan raya negeri akan datang.

Beliau, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, berkata setakat ini beberapa pemimpin muda dalam SUPP telah dikenal pasti untuk mengantikan tempatnya sebagai calon Adun di Piasau pada pilihan raya negeri yang akan diadakan selewat-lewatnya tahun 2011.

“Ya (tidak akan bertanding), perkara ini telahpun saya katakan sebelum ini termasuk kepada pihak media (akhbar Cina),” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka SUPP sempena Tahun Baru Cina di sini hari ini.

Katanya SUPP akan memberi tumpuan untuk memperkukuhkan semula parti tersebut termasuk membimbing lebih banyak pemimpin muda dalam parti yang dapat bekerjasama rapat dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

Dr Chan, 73 tahun, pernah menjadi Anggota Parlimen Lambir pada 1982 sebelum menjadi Adun Miri bermula 1983 dan 1987, kemudian sebagai Adun Piasau (sebelum itu dikenali DUN-Miri) pada 1991, 1996, 2001 dan 2006.

Mengulas isu perletakan jawatan Datuk Dr Soon Choon Teck sebagai Timbalan Setiausaha Publisiti, beliau berkata ia tidak seharusnya diperbesarkan kerana agenda yang lebih penting dalam SUPP ketika ini adalah untuk membawa semua ahli dalam parti untuk kekal bersatu.

Katanya selepas sambutan Tahun Baru Cina ini, SUPP dijangka akan menampilkan beberapa muka baru yang akan bergerak dalam satu pasukan untuk memperkukuhkan lagi BN di Sarawak.

“Tunggu selepas Tahun Baru Cina ini, kita ada barisan yang baru selain beberapa orang lama untuk membimbing parti,” katanya.

Jumaat lepas, Dr Soon, yang juga Timbalan Menteri Perumahan Sarawak, telah mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Timbalan Setiausaha Publisiti SUPP yang dipegangnya sejak 1991.

Setiausaha Agung SUPP Datuk Sim Kheng Hui ketika ditemui berkata keputusan rasmi berhubung perletakan jawatan Dr Soon hanya akan diketahui pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) selepas sambutan Tahun Baru Cina ini.

— BERNAMA

Laman rasmi Baksar telah pun siap..jadi pergilah jenguk.
www.baksarupsi.blogspot.com

Sunday, January 25, 2009

Selamat datang ke laman semasa dan terjah BAKSAR....